Universiti Putra Malaysia (UPM) understands the crucial importance of environmental protection and sustainability. As a university that takes pride in being a world leader in new tropical agriculture, UPM is making efforts to develop and nurture a "green" campus environment for students, staff, and the public alike to enjoy. Through its green initiatives, UPM is taking an active role in creating a more sustainable community on campus. We are taking steps to address issues concerning the environment by expanding on current campus efforts in advocating for an environmentally-conscious culture on campus, integrating environmental sustainability into university policies and curriculum, and fostering collaborations that support sustainability initiatives. As an institution of higher learning, UPM is aware of the responsibility we carry to take care of the earth for ourselves and for our future generation. In implementing campus sustainability efforts, we also seek to discover more innovative and effective ways to sustain the natural resources we all share. Together with the greater community, UPM hopes to play a vital role in creating environmental awareness and educating the "green ambassadors" of today and tomorrow.

 

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama dengan Coca-Cola Malaysia dalam projek Recycle to Cycle bagi menggalakkan pelajar mengitar semula barangan lusuh dan mengurangkan pengeluaran karbon dengan berbasikal.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata pada masa kini, hanya Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Kejuruteraan mengamalkan amalan berjalan kaki dan berbasikal ke kuliah.

“Kami mensasarkan 3,500 pelajar akan berjalan kaki serta berbasikal sekitar kampus menjelang bulan September ini,” katanya.

UPM telah menerima geran berjumlah RM750 ribu daripada The Coca-Cola Foundation untuk menjalankan projek Recycle to Cycle selama 2 tahun meliputi basikal dan peralatan, pusat kitar semula dan bahan projek.

Pengurus Besar Rantau Malaysia-Singapura-Brunei, The Coca-Cola Company, Gill McLaren berkata projek itu adalah pertama seumpamanya di Malaysia dan sejajar dengan tumpuan Coca-Cola untuk membina masyarakat mampan menerusi pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar.

Projek Recycle to Cycle telah dimulakan oleh Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Prof. Ahmad Ismail yang merupakan pengurus projek bersama pelajar dari fakulti tersebut untuk menjadikan kampus sebagai zon berbasikal serta menyemai gaya hidup yang lebih aktif.

Pelajar boleh menyertai projek itu dengan mengitar semula botol dan tin aluminium untuk memperoleh mata yang kemudian boleh digunakan untuk menyewa basikal.

Botol dan tin itu akan dijual kepada pusat kitar semula sebelum hasil jualan dilaburkan semula ke dalam program itu untuk membolehkannya dijalankan secara berterusan.

 
 

Site Search

Categories

Login



WordPress Blog